Saturday, 4 August 2012

Lelaki Baik @_@

Semua lelaki Islam nak jadi seperti Nabi Muhammad s.a.w. (selawat). Perkara itu bukan mustahil, jika kita betul berusaha dengan iman yang jelas. Lelaki yang hensem memang diminati oleh golongan hawa di luar kerana wanita banyak nafsunya daripada lelaki. Sekarang kita boleh lihat ada manusia katakan ''cuba korang tengok pasangan suami isteri tu, lelaki dia hensem, isterinya hodoh'' ''cantiknya wanita tu, kesian dia kahwin dengan mamat buruk tu''. Hentikan berkata begitu. Jodoh hanya Allah yang tahu keadaannya. 


Lelaki baik...

1. sentiasa menyelimutkan isterinya daripada fitnah dunia
2. akan menundukkan kepalanya apabila tidak sengaja melihat aurat wanita khasuntuk suaminya
3. mengajar sahabat perempuannya ketika masalah pembelajaran, masalah bab agama dan tidak mahu diheret ke neraka
4. akan cukup memberi isteri dan anak-anaknya makan 
5. berusaha menjadi imam yang terbaik pada keluarganya
6. sentiasa membawa Al-Quran sebagai sahabat karibnya
7. tidak akan pernah memungkir janji
8. pandai jaga hati ibu bapa, isterinya, anak dan bersaudara
9. akan membawa bakal isterinya ke masjid untuk bersama-sama solat berjemaah
10. tidak pernah meninggikan suara terhadap sesiapa
11. adalah suka bersedekah kerana Allah
12. taat pada ibu bapa nya
13. suka bercakap benar
14. tidak suka memalukan orang lain
15. suka mengur kesalahan orang
16. tidak pernah tinggal solat
17. sentiasa membaca Al-Quran di siang atau malam
18. suka kucing dan haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w.
19. facebooknya, update dakwah
20. sanggup meninggalkan apa sahaja untuk jalan Allah
21. sabar dengan dugaan menimpanya
22. pandai mengajar anak dalam bidang agama
23. berani menjadi pahlawan islam
24. pandai mengaji
25. mempertahankan maruah wanita yang disayanginya
26. menegakkan agama islam
27. mati syahid
28. kuat iman
29. tidak mudah terpedaya dengan godaan iblis
30. tidak mudah putus asa
31. suka membaca hadis-hadis Nabi
32. tidak merokok.
(tambahkan apa yang patut)

Selepas lelaki sudah nikah dengan wanita idamannya secara automatik si suami akan tanggung segala dosa isteri. Inilah dikatakan wanita tidak boleh derhaka kepada suami. Si isteri kena taat cakap suami kecuali ajaran yang bertentangan dengan Islam. Suami dayus adalah tidak pedulikan isterinya. 

Ana cemburu lihat lelaki yang berkahwin dengan wanita solehah. Kerana apa? sebab isteri solehah apabila kita mengahwininya seperti tiada masalah, kalau ada masalah kita minta jawapan dia, boleh tolong kita apabila demam dan sakit terlantar di wad. Sebagai lelaki yang baik, kita kalau nak yang isteri baik baik kenelah ubahkan diri dahulu kepada yang lebih baik. Barulah sama sama secocok.



Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak. Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :

“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Maafkan ana jika tersalah. Selawat. Malam nanti pergi solat tarawih. Ini bulan Ramadhan ke-15.